Kesan terhadap kesihatan Obesiti

Berat badan berlebihan meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis-jenis kanser tertentu, dan asma.[4][27] Hasilnya, obesiti didapati mengurangkan jangka hayat kehidupan.[4]

Kematian

Risiko relatif kematian umur melebihi 10 tahun bagi lelaki kulit putih (kiri) dan perempuan kulit putih (kanan) yang tidak pernah merokok di Amerika Syarikat berdasarkan BMI.[28]

Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia.[29][30][31] Kajian Amerika dan Eropah berskala besar mendapati risiko kematian paling rendah berada pada BMI 20–25 kg/m2[28][32] dalam kalangan bukan perokok dan pada 24–27 kg/m2 dalam kalangan perokok semasa, dengan risiko bertambah seiring dengan perubah pada mana-mana arah.[33][34] Dalam kalangan orang Asia risiko mula bertambah antara 22–25 kg/m2.[35] BMI melebihi 32 kg/m2 berhubung kait dengan kadar kematian berganda dua dalam kalangan wanita sepanjang tempoh 16 tahun.[36] Di Amerika Syarikat, obesiti dianggarkan menyebabkan 111,909 hingga 365,000 kematian setiap tahun,[4][31] manakala 1 juta (7.7%) kematian di Eropah disebabkan oleh berat berlebihan.[37][38] Secara puratanya, obesiti mengurangkan jangka hayat kehidupan antara enam hingga tujuh tahun,[4][39] BMI 30–35 kg/m2 mengurangkan jangka hayat kehidupan antara dua hingga empat tahun,[32] manakala obesiti parah (BMI > 40 kg/m2) mengurangkan jangka hayat kehidupan sebanyak sepuluh tahun.[32]

Morbiditi

Obesiti meningkatkan risiko menjejaskan keadaan fizikal dan mental. Komorbiditi sangat kerap ditunjukkan melalui sindrom metabolik,[4] kombinasi kecelaruan perubatan termasuklah: diabetes melitus type 2, tekanan darah tinggi, kolestrol dalam darah tinggi, dan tahap trigliserida tinggi.[40]

Komplikasi sama ada disebabkan secara langsung oleh obesiti atau secara tidak langsung berkaitan dengan mekanisme berkongsi punca lazim seperti diet tidak sihat atau gaya hidup banyak duduk. Kekuatan hubung kait antara obesiti dan keadaan spesifik berbeza. Satu daripada kekuatannya ialah hubungan dengan diabetes mellitus tahap 2. Berat badan berlebihan mendasari 64% kes diabetes dalam kalangan lelaki dan 77% kes dalam kalangan wanita.[41]

Kesan sampingan kesihatan jatuh kepada dua kategori yang luas: kesan yang diagihkan kepada kesan jisim lemak yang bertambah (seperti osteoartritis, apnea tidur obstruktif, pengaiban sosial) dan kesan yang disebabkan oleh bilangan sel lemak yang bertambah (diabetes melitus, kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit hati berlemak bukan-beralkohol.[4][42] Pertambahan lemak badan mengubah tindak balas badan kepada insulin, berpotensi menjurus kepada kerintangan insulin. Lemak yang bertambah juga mewujudkan keadaan proradang,[43][44] dan keadaan protrombotik.[42][45]

Bidang perubatanKeadaanBidang perubatanKeadaan
KardiologiDermatologi
Endokrinologi dan Perubatan pembiakanGastroenterologi
NeurologiOnkologi[57]
PsikiatriRespirologi
Reumatologi dan OrtopedikUrologi dan Nefrologi

Paradoks kemandirian

Lihat juga: Paradoks obesiti

Walaupun kesan sampingan kesihatan negatif obesiti dalam populasi penduduk disokong kukuh dengan bukti sedia ada, hasil kesihatan bagi beberapa subkumpulan kelihatan meningkat pada BMI yang bertambah, fenomena yang dikenali sebagai paradoks kemandirian obesiti.[66] Paradoks ini pertama kali diperihalkan pada 1999 dalam kalangan orang berat terlebih dan obes yang menjalani hemodialisis,[66] dan kemudiannya didapati dalam kalangan mereka yang menghidap kegagalan jantung dan penyakit vaskular periferal.[67]

Dalam kalangan penghidap kegagalan jantung, mereka yang mempunyai BMI antara 30.00 hingga 34.9 memiliki kematian lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat normal. Hal ini disebabkan oleh hakikat bahawa manusia sering hilang berat badan apabila mereka secara berperingkat-peringkat semakin sakit.[68] Penemuan sama juga dilihat pada jenis penyakit jantung lain. Orang yang mempunyai obesiti kelas I dan penyakit jantung tidak mempunyai kadar masalah lanjutan jantung yang lebih besar daripada orang yang mempunyai berat normal yang turut menghidap penyakit jantung. Dalam kalangan orang yang mempunyai darjah obesiti yang lebih besar, walau bagaimanapun, risiko masalah lanjutan kardiovaskular bertambah.[69][70] Walaupun selepas pembedahan pintasan koronari arteri, tiada pertambahan kematian dilihat berlaku dalam kalangan orang yang berat terlebih dan obes.[71] Satu kajian mendapati kemandirian yang bertambah dapat dijelaskan oleh rawatan yang lebih agresif yang diterima oleh orang obes selepas peristiwa kardium.[72] Satu lagi penemuan mendapati jika seseorang mengalami penyakit pulmonari obstruktif kronik serentak dengan penyakit vaskular periferal, manfaat obesiti tidak lagi wujud.[67]

Rujukan

WikiPedia: Obesiti http://www.cmaj.ca/cgi/content/full/174/9/1293 http://www.statcan.gc.ca/pub/82-003-x/2009004/arti... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb9099.htm http://www.emedicine.com/med/topic1653.htm //scholar.google.com/scholar?q=%22Obesiti%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Obesiti%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Obesi... //www.google.com/search?q=%22Obesiti%22&tbm=nws